Saturday, March 29, 2014

Mukhayyam Tarbawi 2014

Alhmadulillah :')
terpilih. separa.


Aku sangat terkesan dan tersentap dengan bait-bait ini.
Juga antara modal untuk menyentapkan. Moga tersentap :')


"Semua kita berpeluang mendapat tarbiah. Alhamdulillah.
Syukurlah sebab kita masih berada di atas jalan ini.  
Bersyukurlah sebab kita menjadi INSAN TERPILIH untuk hadir ke wasilah tarbiah ini.
Ramai lagi di luar sana yang dont even know kewujudan program-program tarbiah. 
Bersyukurlah sebab kita menjadi INSAN TERPILIH untuk hadir ke wasilah tarbiah ini.
Ramai yang dah dipilih untuk kenal apa itu tarbiah tapi masih tak ada kesedaran untuk menghadirkan diri. 
Bersyukurlah sebab kita menjadi INSAN TERPILIH untuk hadir ke wasilah tarbiah ini.
Ramai yang dipilih untuk memahami kepentingan tarbiah tapi tak dapat hadir sebab perkara-perkara teknikal. mungkin tiba-tiba kereta rosak. atau pun tetibe ada exam waktu itu. 
Bersyukurlah sebab kita menjadi INSAN TERPILIH untuk hadir ke wasilah tarbiah ini.
Ramai yang kenal tarbiah, faham kepentingannya, berpeluang hadir tapi tak berpeluang untuk dapat kefahaman apa yang disampaikan dalam program tarbiah tu. 
Bersyukurlah sebab kita menjadi INSAN TERPILIH untuk hadir ke wasilah tarbiah ini.
Ramai antara kita yang kenal tarbiah, faham kepentingannya, berpeluang hadir, berpeluang untuk faham apa yang disampaikan dalam program tarbiah tu, tapi tak berpeluang untuk beramal dengannya. 
Bersyukurlah sebab kita menjadi INSAN TERPILIH untuk hadir ke wasilah tarbiah ini.
Moga dipermudahkan jalan-jalan untuk mengutip hidayah, dengan hati yang terbuka, ikhlas dan beramal dengannya."

Kredit Gambar: Kak Lo 

 

Dan sungguh, ujian ini dialami sendiri.

Aku tak berpeluang untuk hadir mukhayyam ini daripada awal sebab menunaikan hak jemputan walimah. yang sudah dirancang lama.

Alhamdulillah, hari ketiga aku sudah berada di tempat Mukhayyam yakni SMIHira' Jeram.
Sgt best. Paling best toiletnya :')

Tapi,
sekadar menjadi insan terpilih untuk hadir.
atas beberapa kekangan, tak dapat ikut slot2 daripada syuyukh yang sgt mantop untuk hari tersebut.

Rasa rugi. sangat. Apa pun,
Kita rancang, Allah juga merancang yang sebaiknya.
Moga diampunkan dosa yang menghalang,
Juga moga menjadi penghapus dosa silam.

Syukur, masih dapat menikmati kelazatan tarbiah.
Moga terus thabat.
Moga terus mendapat kefahaman, keikhlasan dan terus beramal dengannya.
Doakan :)

Sunday, November 3, 2013

Hebahan konsert Opick untuk Palestine di UIAM Gombak



Komite Nasional untuk Rakyat Palestina (KNRP),
Forum Tarbiyyah UIAM,
Aqsa Syarif UIAM, dan
IKRAM Siswa UIAM Gombak

membawakan KONSERT OPICK UNTUK PALESTINE
bersama Izzatul Islam (IzIs) & Mu'adz Dzulkefly.

Semua dijemput hadir!
Manfaatkan peluang yang ada depan mata untuk dapatkan santapan jiwa, inshaAllah.
Teruskan menyumbang untuk Palestine.

"Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara"
Moga Allah reda.
:)

Maklumat lanjut dan pertanyaan boleh lawati: https://www.facebook.com/events/396366547161406/





Peta ke lokasi kejadian


*klik gambar untuk membesarkan.


Monday, August 12, 2013

Hadiah dan Anugerah

Ramadan 1434 sungguh special bagi diri ini.
sungguh.
amat.
sangat.

Alhamdulillah

masih ingat macam mana mula Ramadan.
Selasa petang selepas asar ketika usrah.
"bersyukur kita dapat berjumpa Ramadan. tapi mungkin sesaat sebelum masuknya Ramadan, nyawa kita ditarik"
kata mutarabbi sambil matanya berkaca *_*
dan kita masih dapat menikmati Ramadan.
alhamdulillah.

2 Ramadan, masa pulang daripada Raudhatus Sakinah Selangor,
kebetulan T&G mmg dh tggl kurang daripada RM2, jadi pergi ke kaunter tunai.
nak bayar tol yang belum free ni, tapi alhamdulillah katanya kereta depan dah bayarkan,
dan dia siap bagi baki. tak kenal pun. terima kasih anon.
alhamdulillah.

3 Ramadan,
dapat 'pulang' beriftar di CFS UIA PJ.
rindu yang teramat. tak tahu nak kata bagaimana.
terima kasih untuk peluang.
alhamdulillah.

----

malam pertama terawih di masjid UIA.
subhanallah, sangat ramai :')
ramai juga bunyi-bunyi kanak-kanak menangis.

dan ketika tu la aku rasa termotivasi untuk pulun Ramadan kali ini.
sebab, bila tengok ibu-ibu yang sedikit terganggu dengan tangisan anak-anak.
ye, aku tak kata anak-anak itu menyusahkan, tapi sedikit sebanyak terganggu, ye tak.
tahniah untuk ibu-ibu yang berjaya kawal anak-anak daripada mengganggu jemaah lain.
jadi kita yang masih bujang ni, enjoylah ye.
mana tahu tahun depan kita pula berada di tempat ibu-ibu tersebut?

----

10 malam terakhir lebih mengliurkan.
malam pertama aku agak kecewa sebab expectation sangat tinggi bila bandingkan dengan Ramadan lepas sebab malam 1st ramadan lepas sangat menggoda.
time tu la jatuhnya hati aku pada Ramadan UIA.
rupanya, malam ke berapa tak ingat, tapi esoknya sabtu (hujung minggu).
perghh. memang ramai tahap nak jalan pun takut terpijak orang yg sedang tertidur.
subhanallah.

ingat lagi,
satu sahur tu, aku teringin sangat nak minum air panas. mengidam katanya.
ajak la kengkawan sahur dekat dgn tempat yg disediakan makanan dan air panas.
tapi mereka tak nak sebab jauh, so kami bersahur di tangga tempat biasa.
suddenly, datang international student bawak air teh herba. homemade katanya.
dia offer orang-orang yang sedang makan berdekatan dengannya.
tak terkata terharunya :|
Alhamdulillah.

dan,
paling mensebakkan sepanjang Ramadan di UIA,
ramai sangat insan-insan pemurah.
kalau duduk di masjid tu, senantiasa ada je yang offer makanan.
pergi apa-apa program pun, ramai je yang sponsor makanan dan benda-benda lain.
terima kasih semua.
moga dihalalkan segala makan minum itu.
sesungguhnya semua itu adalah makanan kegemaranku.


---
dan teruja tengok semangat committee masjid yang bertungkus lumus menyediakan segalanya untuk kami.
daripada sediakan sahur, sediakan juadah berbuka, mengemas tempat makan yang kami sepahkan, mengemaskan masjid setiap pagi, menjaga keselamatan barang-barang dan pengunjung masjid dan segalanya T_T

setiap kali,
tengok kawan-kawan makan dalam masjid, aku terus cakap
"jom makan kat luar, nanti committee masjid marah"
aku sebenarnya bukan takut kena marah, tapi kesian kat committee masjid.
aku tahu mereka penat, takkan nak susahkan mereka lagi untuk marah kita makan dalam masjid.

kawan-kawan selalu kata
"apa la yang berharga sangat dalam beg areefah tu. ke hulu ke hilir dalam masjid ni angkut beg"
takde la barang berharga sangat. tapi
again, aku taknak susahkan kerja committee masjid.
kalau barang kita hilang, even mereka kata mereka takkan tanggungjawab, tapi aku yakin mereka akan tetap bertungkus-lumus untuk carikan.
saban hari dengar announcement barang itu hilang, barang ini hilang.
kesian kt committee masjid.
hari-hari mereka buat announcement yang sama untuk ingatkan.

ada satu malam,
tengok kakak committee masjid berkeliaran pusing-pusing ketika insan lain enak tidur.
kemudian dia duduk mengaji dan tersengguk-sengguk.
mengantuk mungkin.
tapi demi tugas untuk jaga keselamatan setiap insan yang beriktikaf,
mereka tahan semua tu. mulianya T_T

untuk kakak-kakak committee masjid, dan semua yang terlibat.
terima kasih sangat.
hanya Allah mampu balas budi kalian.
lagi-lagi dibulan ramadan.
masing-masing berebut rebut membuat kebaikan.
moga pahala-pahala insan yang berpuasa, kalian dapat share bersama sebab kalian sediakan juadah makanan untuk kami-kami.

-----
bahagia ramadan kali ini dapat iftar, bersahur, moreh bersama family, UTK, zahratul hayah, bulatan hyper, ABC family, roomate dan semuanya.
merekalah jantung aku. XOXO. cipiki cipika.

untuk semua,
maaf zahir batin.
kalau ada hutang, mohon mintak.
moga amalam kita semasa Ramadan diterima, dan istiqamah untuk bulan-bulan mendatang.
moga kita berjiranan di syurga nanti. ^_^
Guide me.

sungguh,
Ramadan ini adalah hadiah dan Syawal adalah anugerah untuk kita semua.

Selamat Hari Raye,
Puasa 6 jangan lupa ye!
:)

tulus Ikhlas,
Nur Areefah, Bubu dan family.