Friday, October 22, 2010

Islamic Fashion Festival ( IFF )

sedih satu hal tengok
'islamic' fesyen macam tu.
lagi la sedih bila duk tengok orang duk gaduh pasal itu.
masing-masing nak buat tunjuk perasaan.
so sekarang aku pun nak tunjuk perasaan.


-islamic la sangat-

come on la..
memang la siapa tak benci benda-benda macam tu.menjatuhkan maruah sebagai seorang perempuan, malah menjatuhkan maruah sebagai seorang islam.
tapi tak bereti kita benci kepada perbuatan tu kita kena benci orang tu.
memang perasaan benci pada orang tu akan muncul dengan sendiri.
dan memang kita dituntut pun kalau tak mampu halang dengan perbuatan dan lisan, kita kena benci benda tu.
tapi benci tak bererti maki dan sumpah segala.
benci-benci pon tapi kawal laa..



jahil mana pun penganjur program tu, tak perlu la kita pun nak show off kejahillan kita jugak.
kita duk benci-benci malah maki mencarut segala duk bangkang program tu.
tapi kita sendiri hari-hari duk buat 'islamic' fashion show kita sendiri.
kita sebagai orang islam ni menjadi cermin kepada agama kita.
tapi kita pakai seksi segala tu tak ke sama je jahil.
duk pakai tudung tapi baju ketat, nipis,tayang dada, tayang lengan dan kaki tu elok sangat la?
kat bilik duk tayang lutut segala tu baguih?
susah sangat ke nak labuhkan tudung menutupi dada dan memakai stoking?mahal sangat seluar panjang?
tu tak masuk yang tak pakai tudung lagi tu..
yang menunjukkan ' daily islamic fashion show' yang elok tu okay lah.
tapi yang buat ' daily islamic fashion show' dengan acuan sendiri sukati je tu,
bukankah itu jugak menjatuhkan maruah diri sendiri, malah memalukan islam.
siapa penganjur program 'daily islamic fashion snow' kita hari-hari tu kalau bukan diri kita sendiri?


kalau tengok butik muslimah moden sekarang pon memang sangat menyedihkan lah.
aku terasa nama islam dipergunakan untuk menarik pelanggan.
islamic tang mana pun aku takpaham.
mungkin ada yang leh tolong paham kan aku?

aku menulis ini bukan untuk menyalahkan individu tertentu.
walaupun ada pihak-pihak claim isu ni ada kena mengena dengan kepentingan politik semata-mata,
tapi aku tak amik port part tuh.
duk tikam lidah sesama sendiri, camtu ke 1ummah?
buang yang keruh, amik yang jerih la.
politik tu sebahagian dari islam tapi jangan jadikan islam mangsa politik sudah lah.

apa pun mintak maaf, aku sekadar meluah kan pendapat.
peneguran amatlah diharapkan jika ada kesilapan 'tatabahasa' dimana-mana.
ada otak, mari berfikir bukan buat perhiasan.
ayuh gerakkan langkah, mendoakan mereka supaya mendapat hidayah.

aku berkata mengenai isu ini

*kali ni takde password lagi >.<

Related Post



13 comments:

  1. sume ni salah bik mama..

    bik mama,ko bodoh sial..

    haha

    ReplyDelete
  2. dah la bodoh, sial lak tu? erk =.="

    ReplyDelete
  3. tapi dorang itu pemimpin negara kita..sebuah negara yang digelar islam.dan betul jika mereka berjiwa perjuang,mereka akan mengundurkan diri dari pemrntahan..heee..my opinion..

    ReplyDelete
  4. ye memang betul tu..sy pon bpendapat begitu, dia tu pemimpin dan patot tunjuk contoh yang baik. tapi perlu ke kutuk segala kalau kita tak suka dia.kita kutuk kita dapat apa =.=

    ReplyDelete
  5. kte rasa kte sependapatlah dengan efa. islam tak ajar kita untuk mengata itu ini bila tengok kesilapan orang lain. menegur lain dengan mengutuk, banyak lagi cara lain bagi kita sesama muslim menunjukkan ketidak-setujuan show tu.

    dan yang paling penting, diri kita sendiri. mengata orang itu ini, tapi diri kita sendiri buat kemungkaran sana sini buat apa. cukup sekadar menegur dan mencegah dengan cara yang terletak di atas garisan syari'at islam itu sendiri, tak usahlah sampai keterlaluan hingga mengundang persepsi buruk pulak dari masyarakat mahupun orang luar tentang islam. na'uzubillahiminzalik.

    may Allah bless.

    ReplyDelete
  6. thanks untuk pendapat itu..geng, pendapat same xD

    harap mereka yang berkata2 tu jugak mendapat hidayah ^_^

    ReplyDelete
  7. the not so islamic festival T-T

    ReplyDelete
  8. salam ziarah..

    saya hampir bersependapat dgn anda..byk berita dr blog2 sy layari ,kebanyakkan menghentam,memaki,mehamun dan ada juga menghukum "kafir" ,"neraka" dan sebagainya...jika emosi,salurkan lah dengan cara yang baik..tuturkan dengan cara yang baik..klu hidayah Allah datang,insyaallah dia pun dapat terima dengan terbuka..

    sangat berstuju dengan daily "islamic" fashion show tu..pakai tudung da smart..tp tang baju,suar,ades..sakit mata den ..

    dan lagi satu,saya sbnar sgt2 tak stuju isteri pada PM utk involve dalam event2..maksud saya semuanya..ptotnya tugas seorg isteri pemimpin,cuma menemani suaminya iaitu pemimpin,bukan laki jadi PM,tiba2 isteri lak byk jd pemimpin..admire Tun Hasmah,isteri pada Tun M yang dihormati..

    ReplyDelete
  9. mungkin mereka salah paham bahawa asal menutup kepala mcm tudung
    sudah membawa imej Islam

    Rakyat didahulukan
    Pencapaian diutamakan,
    Agama kita baiki sendiri.

    ReplyDelete
  10. Ia berlaku samada kerana

    1) org yang jahil ingin berckp tentang Islam

    atau

    2) utk menggunakan nama Islam sbg pelaris dan menarik pembeli dari kalangan muslim

    atau

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.Sebenarnya IFF bukanlah sebuah festival fesyen yang mengikut kehendak dan cara Islam.
    ke 2 jika perhatikan betul2 terdapat pakaian yang yang mempunyai sulaman menulis kalimah muhammad yang diterbalikkan.Sebenarnya bukan kesilapan owner page atas caci makian kerana admin sndr tlh bulang kali nasihat dan padam meseg cacian.

    Malaysia negara Islam?yeke?

    ReplyDelete
  12. walaupun malaysia telah diumumkan as negara islam oleh pemimpin kita, tapi masih tak layak dikatakan negara islam.dan memang malaysia MASIH lagi bukan negara islam.saya highlighkan 'MASIH' sebab berharap satu hari nanti kita akan digelar negara islam.ameen

    ReplyDelete

thanks =)