Friday, November 19, 2010

couple tak haram pun

siapa kata haram..? benda apa pun, kalau di buat dengan
betul, pasti benda tu betul.
kalau dibuat dengan salah pastinya salah..
dan couple ni sah-sah halal lagi.
kenapa aku kata halal?
>>sila baca entry ni sampai habis<<


dulu aku pernah sebut dalam entry ni(click) pasal "aku tak nk la kata couple nie salah ke ape ke.aku jua xkate couple nie tak salah"
dan pendapat aku masih seperti itu..walaubagaimana pun aku bukan lah nak menggalakkan 'couple'..
dan sejujurnya aku membenci  orang yang 'couple'.aku sedang cuba untuk pujuk diri aku supaya hanya membenci perbuatan kawan-kawan yang sedang 'couple' tu, dan aku tak boleh membenci mereka..mereka perlukan bimbingan kita..

dan seperti aku cakap tu, ini bukan pasal halal atau haram, salah atau tidak..
tapi semuanya bergantung pada cara perlaksanaannya(click)..

situasi 1 :
aku dan X declare pada umur 18 tahun, dan dan plan nak kawin pada umur 25 tahun sebab masing-masing nak kejar cita-cita. lepas tu terus tak contek LANGSUNG..kau buat kerja kau, aku buat kerja aku, sampai la umur 25 tahun dan X ajak aku kawin.

situasi 2 :
aku dan Z tak declare pun.konon-konon la sebab couple itu haram lah kan.tapi hari-hari contek 24/7, dan masing-masing tahu isi hati masing-masing. hari-hari ucap i lap u, u lap i..tapi tak couple pon~

untuk pendapat aku mengenai situasi 1 tu, tak apa je kan nak couple macam tu..? tapi aku yakin memang tak ada pun yang macam tu ( atau ada, aku yang tak pernah jumpa ). sebab orang akan kata " buat apa couple kalau macam tu". dan lagi satu, dalam situasi tu akan muncul perasaan curiga antara aku dan X.aku tak yakin la X tu masih setia kat aku ke tak, dan dia pun mesti akan curiga kan? baik tunang je kalau macam ni.. sekurang-kurangnya ada la ikatan yang betul-betul ikatan. org takleh rampas dia dari kita kalau kita masih tak putuskan pertunangan tu..harammm~ kalau laki tu betul-betul nak kat kita  <---- (click nak tahu kalau si dia betul-betul sayang kita ), dia dah ajak tunang dah..tunang jelaa..tak pun kawen terus ( heh, aku cakap mcm senang je nak kawen kan ) =.=" tapi kan tunang tu senang je.. ngehh~ 7 tahun tu lama tu..lekluuu sapkok luuu..kalau ada jodoh tak kemananya lah...

untuk pendapat aku mengenai situasi 2 plak, tak boleh nak kata apa la kan =.=" terang-terang lah tak boleh. tak salah nak kawan laki perempuan. tapi kes gantung ni bahaya, boleh memakan diri snirik.. boleh menyebabkan masalah hati.. dan lebih baik kalau tak ada hal apa-apa tu tak perlu lah nak contect kan~ kalau dah contek jugak, kalau dah rasa lain macam, hati duk vibrate-vibrate ke, stop laa.. jauhkan dari perkata-perkara yang boleh menyebabkan masalah hati, sengsara nanti..click sini nak tahu cara nak elakkan masalah hati..


kalau nak diikutkan 'couple' seperti kebiasaan yang remaja terjebak sekarang memang lah haram..nafsu semata-mata.. menjurus kepada zina, bakal menjadi penyumbang peningkatan statistik kes buang bayi.. pergi depan cermin, dan tenung lama-lama pastu tanya ni ke bakal ibu yang akan membuang bayi..taknak kan? so berhenti lah memuaskan nafsu dengan benda yang tak berapa nak halal. memang kita bukan lah malaikat yang mampu melawan fitrah kita untuk mencintai dan dicintai, tapi kita mampu kawal semua tu..memang sakit nak buang benda yang kita dah lama biasa, lagi-lagi bila benda tu syokkk habis..tapi ingatlah sakit lagi siksaan neraka wooo X__x

beberapa hari lepas masa ustaz hasrizal datang uia nilai ni, dia ada huraikan mengenai benda ni..kat sini nak share aku tertarik dengan jawapan ustaz hasrizal pasal hukum 'couple' ni. kenapa dia tak terang-terang mengatakan hukum 'couple' ni adalah haram..sebab dengan mengatakan hukum dan huraian yang berjela-jela pun kalau dah orang tu duk enak juga nak buat maksiat, dia tetap akan buat jugak..syaitan tu pasti akan menjadikan semua benda yang salah itu indah.. dan beliau ada kaitkan dengan cerita ni, tentu ramai pernah dengar kan? dan nak cerita lagi. cerita ni lebih kurang macam ni ( kalau salah sila bagitahu ) :

satu ketika dulu, ada seorang pemuda ni yang teringin nak melakukan zina. dan dia cakap la pada khalayak ramai yang dia nak berzina, maka dia kena la caci segala dengan orang awam.. tapi rasulullah dengan tenangnya tak ada la nak marah-marah segala tapi baginda tanya pemuda itu " betul nak berzina ke?" dan pemuda tu cakap ye.. dan rasulullah tanya lagi "macamana kalau ada orang lain yang mintak untuk berzina dengan ibu kamu, dengan adik perempuan kamu, dengan ibu saudara kamu", dan pemuda tu cakap dia taknak orang yang dia sayang diperlakukan begitu..dan rasulullah berkata kalau dia tak sanggup diperlakukan begitu, tentu lah orang family orang yang nak dia zina tu pun tak nak diperlakukan begitu...lalu pemuda tu pun insaf dan batalkan niat dia dah nak berzina..

ok, nak kata kat sini, macam cerita kat atas tu, pemuda tu dah tahu yang zina tu salah tapi dia tetap nak lakukannya.. dan semua orang tahu kalau buat maksiat tu salah tapi kenapa masih nak lakukan?sebab nak penuhi nafsu la kan jawapannya? dan rasulullah bukanlah makin menerangkan hukum berzina kat pemuda tu sebaliknya mencari jalan untuk memberi kesedaran kat laki tu..sama la dengan apa yang ustaz hasrizal cuba sampaikan tu..

so jawapannya kat sini, kenapa aku kata couple tu halal..?click kat pic bawah ni...


click untuk besarkan image ( kalau tak nampak jugak tak tahu nak kata apa ) =.=

haaa..kan ada cara couple halal tu..apa lagi...nak sangat couple, couple laa yang halal dah ada tu...dah couple boleh la buat apa pun sampai puasss~

elakkan 'couple', ayuh couple (^_^)v

Related Post



25 comments:

  1. jom la kawen, kita kan dah bercerai =.="

    ReplyDelete
  2. terima kasih areefah.. perkongsian yang sangat bagus..

    ReplyDelete
  3. @mira

    kasih diterima ^_^'kalau ada apa-apa salah tatabahasa sila betilkan yer~

    ReplyDelete
  4. actually bercinta lepas kahwin lagi manis rasanya...

    ReplyDelete
  5. @Fakhrur Razi

    klu taknak clash, buat la mcm situasi 1..or nikah jelaa ^_^'

    ReplyDelete
  6. baiklah., saya akan cuba menghindarkan diri dari berkapel

    ReplyDelete
  7. kawen sebab kene tangkap basah kadang2 best juge..

    haha

    ReplyDelete
  8. situasi kedua tu en.. kelihatan agak hipokrit dowh.. huhu :)

    ReplyDelete
  9. aku cuba untuk berada dalam situasi 1...tp mane nk cari calon nih... kui2

    ReplyDelete
  10. nice n3...huhu olahan tu power!

    **tenet giler, so suzie tngl jejak sini

    ReplyDelete
  11. btul tu..tp kne la ikut mentaliti fahaman zmn skrg ni tntg ape tu couple..so, skrg ni better sbut couple itu haram ye..

    ReplyDelete
  12. this is very very vyer nice..

    tapi,lots of thing,mcm tak setuju..

    yes,couple mane ade haram,kalau da nikah..couple halal la tu..

    tp dari segi MAKSOD COUPLE dunia moden sekarang,kite da taw,islamic ke,tak islamic ke,zina hati tetap ade..

    macam NOTAMI cakap,ikot mentaliti orang sekarang,better sebut couple itu haram..

    if not,akan lahirnya couple2 islamic ni kononnye la

    pasal situasi 1..jangan la cari jodoh awal sangat..kalau da rase da stabil,baru la start kenal2,then tak ya kenal lame2..tunang teros..

    bertunang itulah waktu untuk kite kenal2 satu sama lain,bukan time COUPLE..

    dalam islam,jelas...yang haram tetap haram

    cume cara menyampaikan ape yg haram itu depends on situation

    and what i think the most suitable way now is

    COUPLE ITU HARAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak, tentang situasi 1 kan, bukan ke bagus kalau masing2 berusaha menjadi hamba Allah yang makin better. Masing2 share je benda yang elok elok dan bila dah kahwin dah ready sebab dahulu dah set to mind the dos and donts that we gotta do

      Delete
  13. http://aidanatasya.com/60-peratus-remaja-malaysia-hilang-dara-menjelang-umur-18-tahun/

    ReplyDelete

thanks =)