Sunday, December 19, 2010

Nur Areefah masuk TV al hijrah lah

mungkin ramai yang masih tak mengetahui mengenai stesyen TV baru yang
bercorakkan islam, dan merupakan saluran televisyen Islam pertama 1malaysia.kan ramai masih tak tahu kan? sejujurnya aku pun baru tahu =.=" ke aku je baru tahu?hua3.. click sini untuk dapatkan info mengenai TV al Hijrah.



aku memang dah plan dari awal nak pergi ke masjid negara harini. seriusly pada mulanya aku sangat buntu sebab aku bukannya tahu jalan. aku tahu naik ktm sampai ke stesyen KTM Kuala Lumpur je then tak tahu nak menuju ke arah mana. dah la aku kureng dah berani jalan sorang-sorang atas sebab-sebab tertentu. tapi atas semangat dan komitmen yang tinggi ( cewwwahhh ) untuk menghadiri kursus induksi fasilitator himpunan 1000 Jiwa 1 Hati ni aku nak pergi laa jugak walaupun esok ada exam. mujur aku dah habis revise sebelum pergi tu, kalau tak memang la aku tak sanggup nak pergi. ngeh

sampai je stesyen KL tu, aku macam blur la..serius aku taktahu nak lalu mana. dan tiba-tiba aku nampak sorang mamat UIA ni.. aku ni dah laa susah nak tegur bro UIA.. tapi time tu memang aku macam teruja giler sebab nampak orang yang aku kenal dan aku rasa dia nak pergi masjid negara jugak. so aku pun tegur la tapi dia just jawab masjid negara dan terus jalan laju-laju..aku macam erkkkk lek luuu..sapkok luu.. tunggu laa aku.....!! tapi dia jalan laju. cehhh.. nasib baik ada sorang ni tegur aku tanya nak pergi mana dan aku cakap masjid negara pastu dia cakap dia pun nak pergi dan ktorang pergi sama-sama. kitorang  kejar la bro tu sebab dia macam tahu jalan je tp dia macam lalu jalan lain. rupanya nak pergi toilet kot... heehh =.="


program induksi tu start pukul 10 pagi. memang seronok laa..seriusly aku tak pernah menyesal kalau attend program RSM ni. rasa bahagia gitu ^___^' induksi kali ini adalah untuk program himpunan 1000 Jiwa 1 hati pada 31 december 2010 ini. program yang bagi aku sungguh terkesan untuk menghimpunkan 1000 jiwa remaja untuk menyambut tahun baru dengan cara yang lebih suci dan murni. nak tahu lebih lanjut mengenai program tu boleh la click kat gambar atas ni ^_^' tapi malangnya pendaftaran peserta dah penuh =.="

dan masa rehat tu, sempat la aku berkunjung ke tempat TV al hijrah ni beroperasi. dapat masuk tempat tu jadi la =.=" rasa masuk tv jugak tuuuuu... tapi memang cun laa tempat tu, macam aku tengok cermin pulakk xD







berbalik pasal program induksi ni, aku happy sangat-sangat.dapat jumpa ramai akhawat karisma yang macam pernah jumpa tapi dimana yaa... dan walaupun aku rasa sanngat kecil dengan mereka-mereka yang hebat tu tapi semangat aku tak pernah kecil..cewahhh lagi =.=" dan bersama dengan ahli group al-jannah semua yang aku rasa macam dah matang plak xD..dengan sis anis 24, sis fit, sis sarah, bro azuan masing-masing 23 dan bro hafiz 22.. so aku rasa umur aku macam 25.LOL



apa pun, bagi aku umur bukanlah ukuran untuk jadi matang..erkkk =.=" jadilah syabab walau apa usia pun... memang respek laa yang tua kurang muda tu, yang penting semangat mereka yang sentiasa muda.. berjiwa muda.. dan yang penting aku ada harapan besar.. nak jadi harimau yang bermanfaat. besar tak?ngehhh..dan dalam usaha aku nak mensolehahkan diri aku ni, aku rasa macam nak share segala input yang aku dapat..sebab aku taknak jadi sekadar solehah, tapi soleh wa musleh.. inshaAllah.. hidup kita ni sentiasa proses untuk membetulkan diri..aku sungguh tacink bila dengar ummiroses cakap..lagi-lagi bila cerita pasal remaja-remaja yang dah terjebakkan diri dalam benda-benda tak elok tu..ishhh aku tak bolehhh laa dengar benda-benda macam tu..kesiannn..aku taktahu kenapa hati aku mudah tersentuh bila dengar suara beliau kalau cakap apa-apa.memang terus lekatttt macam pakai gam cap gajah kat hati ni..harap gam tu takkan cabut sampai bila-bila ^___^'


pssss : apasal bila aku cakap nak pergi masjid negara je orang ingat aku nak pergi kawen?
psss/sss : esok exam economic...doakan yang terbaik ^_^' 

Related Post



20 comments:

  1. @♥.♥.♥. QSYA ♥.♥.♥.

    depend on tempat la..tengok web yang akk bg kat atas tu ada tulis channel berapa ^^,

    ReplyDelete
  2. nikah kan biasanye kat masjid. hehe

    ReplyDelete
  3. kt melaka tak dapt pun siarah tv ni... ;)

    good luck yupp..tuk xm nnti.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    PISANG KAKI

    ReplyDelete
  4. ade gak dengar skali..kt radio...
    mcm astro oasis kot...
    bgs3..

    ReplyDelete
  5. =) bgus la at least ader jgk choice untuk muslim viewers...

    ReplyDelete
  6. nur,bestnyer..ekin nak daftar jadi fasi ritu tapi dah lepas due date..huwaaaaaaa...
    x pe,dapat jadi peserta pun ok je kan? kan? hehe
    all da best mase jadik fasi nanti

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Owh, ada jugak terbaca pasal TV AlHijrah ni.
    Satu usaha yg murni.

    *Erk, kiranya tempat die beroperasi kat masjid negara ke? bagus jugak tu

    ReplyDelete
  8. kan bina masjid tu amalan mulia.. wajah awak baik-baik kot tu orang kata nak gi masjid tu sbb nak kahwin heehee

    ReplyDelete
  9. owh~ tv alhijrah ni dekat ngan masjid negara je eh? sebab ros nak kesane esokkk~ ya allah permudahkannn~

    ReplyDelete
  10. sape yang jalan laju giler tu? hahaha kelako

    ReplyDelete

thanks =)