Sunday, December 5, 2010

takutkan orang lebih dari takutkan Pencipta

itu la yang terjadi nya bila kita lebih mengagungkan
duniawi.
dengan kata nama lain kita ni bukan lah seorang yang berfikiran jauh.
keputusan yang kita buat itu sekadar untuk jangka masa yang pendek.
demi nikmat dunia yang hanya sementara...



cerpen sikit ( kisah 'aku' bukan nama sebenar =.= ) :
aku seorang pelajar cfs iium. hari-hari sebelum pergi kelas ke, nak outing ke atau pergi mana-mana laa yang buatkan aku akan terserempak dengan mak guard, aku mesti laa kena tengok cermin. nak make sure semua nya lengkap la.. tak nak la free-free je kena saman, melayang RM50.. so... tudung menutupi dada, pakai stoking, baju cukup labuh dan tak ketat, tudung nipis tapi dah pakai inner tudung.. ok cun! kalau kena saman jugak tak tahu la nak kata apa kannn~

hmm.. 
daripada kisah aku bukan nama sebenar tu, boleh la nampak yang aku menutup aurat bukan lah atas sebab aku mahukan keredaanNya ataupun kerana aku sedar akan kewajipan menutup aurat, 
tapi aku pakai sebab sekadar nak mematuhi peraturan yang dikeluarkan pihak U. 
aku lagi takutkan mak guard yang garang tu, suka marah-marah pastu suka saman pulak tuu..
aku takut kena denda, tapi aku tak terfikir hukuman Allah kelak. 
denda tu dah pernah nampak kawan-kawan pernah kena, tapi hukuman Allah aku tak nampak lagi.
tu aku tak takut tuuu..
kalau kena saman, boleh la salahkan makgad. sian makgad kena maki segala.
tapi kalau kena bala, nak salahkan sapa ek?



di hostel comel je menutup aurat dengan sempurna ^_^'


sebab tu laa jugak terjadinya bila aku balik rumah je masa tengok cermin, 
tak kisah punn tak ikut semua tu, sebab tak ada mak guard pun..
hilang laa stoking, hilang la baju labuh dan tak sendat mampat padat, inner tudung pun hilang tak pun tudung pun dah hilang kadang-kadang tu, n kalau pakai pun dan memang tudung pun selempang tayang dada..

di rumah =.='

justeru, perangai sebegitu diteruskan jugak di alam pekerjaan.
aku dapat kerja sebagai CEO di sebuah syarikat terkemuka.
memang la sangat busy dengan meeting segala..
meeting pulak selalu jauh-jauh so kena la pergi awal-awal pagi buta.
pukul 6.30 dah kena bertolak. nak taknak kena bangun awal la kan..
kalau lambat, bos dah warning nanti kena lucut jawatan ( ade ke cmni?layann~ )
tapi kalau free sabtu ahad tu rasa dunia ni diri sendiri yang punya, nak bangun pukul berapa pun tak apa.
boleh bangun lambat, sampai subuh pun terlepas.
tapi aku tak kisah tertinggal subuh sebab tak ada orang nak 'lucut jawatan' aku.
aku tak nampak siksa Allah sebab aku tak pernah alami lagi siksa kalau tinggal solat subuh.tammat

Ya Allah, ampunkan dosa aku.
aku buta dan kabur dengan nikmat duniawi,
aku taknak atas dosa-dosa aku, semua orang menjadi mangsa.
aku tahu, kalau Allah nak turunkan bala, bukan aku seorang sahaja yang akan terima,
tapi semua yang dekat dengan aku turut akan menjadi mangsa.
aku dah insaf, maafkan aku ya Allah..
ameen~

kisah ini hanyalah rekaan semata-mata.
yang baik jadikan iktibar, yang busuk buang jauh-jauh.
tiada niat untuk membuat pihak tertentu tacink.
mintak dibetulkan apa yang silap... [^_^]v

Related Post



25 comments:

  1. manusia sentiasa leka ngan duniawi..
    thanks kerana selalu mengingati
    insyaallah sentiasa ingat

    ReplyDelete
  2. terima kasih..mengingatkan diri sendiri jugak ^_^'

    ReplyDelete
  3. huhu.. manusia selalu terleka..

    http://hifaz-phat.blogspot.com/2010/12/i-am-single.html

    ReplyDelete
  4. @hifazphat

    moga bukan kita tergolong dalam kalangan tu :)

    ReplyDelete
  5. besss..jgn jadik camni lg arefah..dan izrin..=='

    ReplyDelete
  6. insyallah..semoga yang baik kita jadi kan tauladan
    yang kurang baik kita jadikan sempadan..

    ReplyDelete
  7. btol2..
    ader manusia yg lebih takutkan manusia dr Allah..
    Moga2 kita bukan dlm golongan tu..
    Amin..

    Eh, lupa nk tnyer,
    kwn gda majidin ker?

    ReplyDelete
  8. @Cikgu Fikri

    ramai yang begitu sebenarnya :)

    yup2, roomate ^_^'

    ReplyDelete
  9. memang nampak macam tak patut sikit dengan denda rm50 utk tutup aurat tu, tapi sebenarnya dalam diam dia mendisiplinkan kita. Lain orang lain lah effectnya mungkin.

    mcm ako, dulu kena denda sebab pakai sliper time prep malam dekat sekolah. Bila dah masuk U, kelas malam orang lain pakai sliper, ako plak yang pakai kasut bertutup..haha

    ReplyDelete
  10. insaf aku doh baca bebelan kauu ni -_-

    aku pakai stokin dekat uia jer..hipokrit*

    ReplyDelete
  11. @zOuL_iMMe

    yeah, sebab tu in whatever reason dalam soal benda wajib ni nak taknak kena paksa jugak..nama pun wajib.. lama-lama inshaAllah kalau kita betul2 nak cari kesedaran tu, kita akan dapat kan? tahniah laa jadi skema xD

    ReplyDelete
  12. @TUKANG KATA

    ayuh buat paksaan kat diri :)
    pk kan masa depan heee~

    ReplyDelete
  13. Utamakanlah pandangan Allah lebih dari pandangan manusia terhadap diri kita :)

    ReplyDelete
  14. Salam..

    saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

    Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

    regards,
    BLADE EDGE

    ReplyDelete
  15. salam..nice entri nih...
    t lah..orang sekarang sibuk mencari keduniaan hingga lupe tanggungjawab sbg hamba kpd pencipta


    apa motif status SPONGEBOB dan PATRICK dalam facebook??

    ReplyDelete
  16. manusia oh manusia... tq for sharing :)

    ReplyDelete
  17. tulisan biru tu kasi lg kecik bleh?hehe

    ReplyDelete

thanks =)