Sunday, July 17, 2011

Apa yang jadi pada blog kita selepas kita mati?

salam nisfu syaaban :)
dalam salah satu teka-teki Iman al- Ghazali ada bertanya,

"Apakah yang paling dekat dengan kita didunia ini"

dan jawapannya adalah KEMATIAN :)

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. 
(Al-'Imran : 185) 

sedang enak bersiar-siar di facebook, aku terjumpa satu artikel yang bagi aku sangat menarik ni,
jadi aku nak sharekan kepada semua.
artikel bertajuk :

Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati?









by Alias Md Desa K 

assalamualaikum..
satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●

Join us for more video and info ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ►https://www.facebook.com/layarMinda



ok,berkaitan dengan tajuk yang lebih kurang, mehkita sama-sama fikir apa yang akan terjadi pada blog kita selepas kita mati.
pointnya tak banyak beza dengan isu facebook tersebut.

tahukah bila kita akan meninggal?
takkanlah time tu baru kita terhegeh-hegeh nak bersedia untuk bertaubat dan nak delete semua benda yang tidak patut tu? :)




isu aurat satu hal..
mungkin aset yang selama ini kita tayang untuk dapatkan traffic yang tinggi.
tapi semua itu boleh ke jadi penyelamat bila kita dah tak ada nanti?
semua tu hanya jadi penyebab untuk kita rasa terseksa kelak.
orang berterusan akan datang melawat blog kita selagi ianya ada dalam search engine.
ditempat yang kita tak ada kuasa nak hapuskan tu belakang cerita,
tapi sebenarnya kita boleh je cari cara untuk delete semua gambar yang tak enak dipandang tu kan.

take note ye, aurat bukan sekadar free hair,
tapi apa sahaja jenis pemakaian yang tak menurut syariat islam jugak dikira aurat :)
takkan nak tunggu kita berpakaian kapan baru nak menutup aurat dengan sempurna kan :)
tu baru isu aurat, macamana pulak jadi model la, make-up secara berlebihan dan tabarruj?
untuk apa kita tayang kecantikan? untuk dipuji? jawapan pada diri kita sendiri ^_^



bagaimana pula yang suka tayang dosa ketika bersama kekasih masing-masing.
mungkin terlalu bangga dengan pasangan kekasih sampaikan nak bagitahu satu dunia.
juga ada yang tayang gambar sedang buat maksiat dengan bf/gf masing-masing dengan berpeluk atau berpegangan tangan, siap tulis "kaulah nyawaku, kaulah hero hatiku" hehs
hero yang boleh tolong kita ketika di kubur?
mungkin ada yang berpendapat, si mati bukan dapat dosa pun kalau orang tengok dia berpeluk semua asalkan aurat tertutup rapi, kalau itu aib, dan tak perlu untuk tayang kepada semua orang.
ye dak?


ok, tu tak masuk aset dosa yang kita bawak kerana post kita.
post yang mungkin menfitnah orang, gossip yang menjadi kegilaan..
atau membuka aib orang lain malah aib diri kita yang kita duk tayang aurat orang lain.
ada yang kita kutuk dan maki hamun orang gara-gara emosi lagi..

kalau lah kita tahu kita esok kita akan meninggal, tentu kita akan delete semua tu SEKARANG JUGAK kan..





pintu taubat masih terbuka selagi kita mampu bernyawa.
hindar kan diri dari dosa, dan penyebab kita terseksa bila kita sudah tiada nanti..
taknak la ada yang halang kita untuk jadi penghuni syurga kan..
dengar perkataan neraka pun dah scary X_x
siapa mahu tolong kita kalau bukan diri dan amal kita?
carilah redhaNya, carilah pengampunanNya :)


p/s : 
mungkin ada mana-mana part di blog aku yang menzalimi diri sendiri dan orang lain, jadi sila tegur ya? :)
begitu jugak sabahat kita yang lain, mungkin ada yang tidak sedar adanya elemen yang tidak patut, so sama-sama la kita saling tegur ^_^

Related Post



27 comments:

  1. aisyh. bila terfikir macam ni, rasa takut pulak. betul tu, sama2 kta mengingatkan antara satu sama lain.

    neway, happy blogging! ;)

    ReplyDelete
  2. @cekkeya

    ya,u too.. bila takut tu maknanya kita ingat mati itu pasti :)

    happy blogging ^^

    ReplyDelete
  3. Bagus..artikel bagus..sy setuju..patutnya blog ni kita tulis perkara yang boleh menjadi pahala..walaupun kita sedang tidur atau telah meninggal..

    ReplyDelete
  4. Erk. Terinsaf diri walaupun tak upload gambar yang menggiurkan kat fb. Hehe :P

    ReplyDelete
  5. @fiziesss

    tu la kan. umpama traffic yang sentiasa masuk walaupun kita tidur..

    ReplyDelete
  6. @Mohamed Firdaus Shajahan

    ya..dan penting juga utk men sbb ramai suka tayang gmbr main bola, dlm bilik dll.. dan semoga laki tegur2 perempuan :D

    ReplyDelete
  7. @ErasHihi

    ya bkn gmbr kita je, gmbr org lain jugak mana tahu kita ada letak :)
    scary kan kalau teringat

    ReplyDelete
  8. Aku dah cakap alam facebook alam forum alam blog ni macam alam realiti jugak. Ada yang takleh terima., cakap tak sama la ape la. Keh3.

    Padahal alam facebook blog ni lagi teruk dari alam realiti kot. Kau buat dosa., orang tak kenal kau pun nampak. Eheh.

    ReplyDelete
  9. @M. Faiz Syahmi

    "Ada yang takleh terima., cakap tak sama la ape la. Keh3." tak paham >.<"

    memang alamaya tmpt utk tayang dosa kottt

    ReplyDelete
  10. Ada yang takleh terima aku cakap alamaya sama ja macam alam internet. Diorang cakap tak sama.

    ReplyDelete
  11. @M. Faiz Syahmi

    oh mgkn maksud kau sama dari segi lain, dan maksud dia tak sama dari segi lain.
    dengan kata nama lain, kau berkata tentang A, dan dia berkata tentang B :)

    ReplyDelete
  12. okey..tersedar.banyak jugak post2 yang macam ape je. kalau mati, gamak agak malu jugak.

    btw: gadis solehah yg kau letak tu mcm gambar prof pic blog aku.hehe

    ReplyDelete
  13. alhamamdulillah...ader gak blog yg menginsafkan mcm nie...klu tak asyik nak tulis pasal artis jer kerja nya....saya skong blog mcm nie

    ReplyDelete
  14. aik. kebetulan. baru update kat status FB pasal mende ni. tetibe terfikir cuz ada member rapat yg saja ingatkan saya. betul jugak. huhuhuhu.

    ReplyDelete
  15. ade twitter beautifulnara psl blog post u..terus tertarik utk bc..tersedar...immediate action dah pun :D thanks

    ReplyDelete
  16. @nurus

    mungkin ter ambil kt blog nurus xD

    ReplyDelete
  17. @normi nieza

    thanks for da support :) moga penulis ni lagi la insaf..doakan yer :D

    ReplyDelete
  18. @Lizz

    kita sehati sejiwa kot xD
    baguslaa ada member yang sering mengingatkan camtu..untung sungguh :)

    ReplyDelete
  19. @the::bored::sha

    wah, apa actionnya tu xD
    tahniah la yer :D

    ReplyDelete
  20. hmm..btul...
    kesedaran yg pntg..

    ReplyDelete
  21. Salam.
    Ada gak terbaca note kat fb tu haritu, dan memang dah ada idea nak tulis sikit pasal ni kat blog.
    Tapi lambat2 sikit la, sebab entri ni dah kuar dulu hehe

    ReplyDelete
  22. @Affan

    salam..hehe..
    buat dari pandangan kamu plak :D

    ReplyDelete
  23. sbloom aku baca note nih kat fb, kadang2 aku trpikir mcm2 soalan pasai benda nih... tp aku x tawu nak olahkan, then aku baca blog member aku nih pasai nenek kayo, bwu ad idea... tp x byk respon... ganas sgt kowt soalan aku... huehue or org x paham???

    http://imaginasidialammaya.blogspot.com/2011/04/harta-pusaka-nenek-yeye-aku-kayo.html

    ReplyDelete
  24. 2la..takut plak bile kenang sume 2..huhu

    ReplyDelete
  25. inspiratif ! boleh copypaste ?...
    nice blog..:)

    ReplyDelete

thanks =)