Monday, August 1, 2011

tak pelik dah kalau lelaki cakap "kena ganti puasa"

normal lah bilamana wanita cakap nak ganti puasa, tapi
memang agak janggal bila lelaki yang cakap nak ganti puasa.
yela, wanita memang diberi cuti pada bulan ramadan dan wajib di ganti  selepas itu.
macamana pulak bagi lelaki ni?

sebelum ini pun aku memang agak musykil bila ada lelaki cakap begitu.
tapi sekarang tidak lagi.
bukanlah sebab mereka tergolong dalam golongan yang harus berbuka puasa.
tapi boleh lihat beberapa faktor kaum lelaki terpaksa (terbatal) puasa.


tengok la sekarang, faktor sekeliling memainkan peranan penting.
aku bukan nak menyalahkan wanita secara total,
tapi harap masing-masing boleh berfikir dan tidak penting kan diri masing-masing.
juga sebagai peringatan kepada diri sendiri.

bagi yang bekerjaya/ ke kelas sepanjang ramadan.
atau kemana sahaja, lelaki terpaksa berdepan dengan wanita.
memang tak boleh lari la kan..
dengan fesyen sekarang yang makin merepek dan tahape2,
mana taknya lelaki 'terbatal puasa' ?


selain tu jugak,
bagi lelaki yang tak keluar rumah pun boleh 'terbatal puasa' bila on facebook, twitter, blog atau laman sosial lain.
memang berat dugaan sekarang walaupun dilaman sosial.
photo yang di upload pun semakin umphhh!!
dengan posing maut segala, aurat terdedah semua tu...
mungkin wanita tak tahu yang semua tu memberi kesan kepada kaum sebaliknya.


ni bagi kes yang tak sengaja "terbatal puasa"
yang sengaja pergi dating, dan pegang-pegang segala tu..
dan dapat sms jiwang karat dari awek,
tak ke bergetar jiwa raga si pakwe tu?

mungkin laa dalam semua kes ni ada lelaki yang mampu untuk tahan daripada 'terbatalkan puasa'
tapi harus ingat, tak semua yang mampu kawal diri.
aku tulis ni pun setelah mendengar beberapa pengakuan dari kaum lelaki kata mereka pernah 'terbatal puasa'.
mungkin apa yang aku tulis agak berlapis.
harap boleh difahami.


solusinya,
ayuhlah semua, para wanita secara umumnya untuk sentiasa mengawal aurat dan tingkah laku masing-masing.
jangan menimbulkan kemudaratan untuk orang lain
jadikan ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya,
dan satu pemangkin untuk kita terus istiqamah menjaga perilaku dan aurat.



dan untuk lelaki pula, haruslah sentiasa menundukkan pandangan (an-Nur : 30 )
dan mengelakkan tempat-tempat yang boleh membuatkan 'terbatalnya puasa' (termasuklah laman sosial)
sibukkan diri dengan perkara yang lebih bermanfaat.
jom sama-sama kejar bonus !


yang duk sibuk bercouple tu,
bawak-bawak la kurangkan nafsu untuk menghubungi pasangan masing-masing ye.
moga ramadan kali ini menjadi tapak untuk terus stop perkara-perkara haram.
puasa mampu untuk mengawal nafsu seseorang,
dan teruskan puasa sunat walaupun ramadan dah berakhir.
tentu nafsu tu mampu dikawal, inshaAllah ^_^



salam Ramadhan 1432 untuk semua pembaca ! ^_^
maaf zahir batin..

Related Post



15 comments:

  1. Oleh itu untuk mengelakkan daripada 'terbatal puasa', maka lelaki-lelaki budiman ini terpaksa mengambil 'jalan selamat' dengan tidur sepanjang hari..

    ReplyDelete
  2. @Abang Botak
    oh setuju. haha. terbukti keberkesanannya

    ReplyDelete
  3. mcmne drg terbatal 2?? ulas sikit..=p

    ReplyDelete
  4. dorang terbatal puasa sebab ghairah tgk perempuan sekarang pakai dedah sana sini :)

    ReplyDelete
  5. btol3..
    sian kat laki..huu

    *comel gamba2 kat entri ni..weee~
    =)

    ReplyDelete
  6. bulan2 puasa ni kenalah banyak perkara perlu di'puasa'kan..

    nice sharing... =]

    ReplyDelete
  7. hahaha.. terbaikkkk.. :) thnx 4 the nice info.. :)

    ReplyDelete
  8. tertarik dgn sms dr kapel boleh batalkan puasa

    ReplyDelete
  9. mcm mana boleh batal puasa?
    #inesen

    XD

    ReplyDelete
  10. nice entri nih
    suke2
    comel lak tu
    aku pon xpaham la nape la lelaki ni nak ganti posa
    padahal boleh je posa penuh sbb xde uzur kan :P

    ReplyDelete

thanks =)