Tuesday, August 30, 2011

tips memilih pakaian raya untuk perempuan

harap masih tak terlambat untuk
berkongsi tips ni. busy sikit lately. sibuk kacau dodol orang XD


tips ni ringkas je, harap ianya bermakna :)
sebenarnya semua orang sudah sedia maklum mengenai tips ni.
tapi mungkin dah ada yang lupa, jadi jum refresh semula ^_^'
kalau nak beli pakaian raya tu, beli la yang cukup syarat ni yer ;)


gambar hiasan. sumber : google


1. baju dan semuanya tak nipis dan tidak jarang.  (nanti nampak bra raya XD ) dan walaupun kat tudung dan lengan :D
2. tak ketat. nanti susah pulak nak bernafas kenyang duk makan rendang ketupat kueh tart banyak-banyak tuuu..
3. tudung menutupi dada.
4. stoking jangan lupa, nanti melecet kaki pakai kasut raya baru.
5. tak berlebih-lebihan make-up. baru la orang tak ingat hantu mana yang baru kena lepas selepas ramadan.


dengan kata nama lain, tips yang penting adalah menutup aurat ^_^


tapi bagi yang dah TERBELI tu, jangan risau jangan runsing.
kalau yang nipis dan jarang tu boleh pakai inner baju, inner tudung, handsock, kain dalam dsbg.
kalau terbeli tudung pendek dan tak mampu untuk menutup dada, boleh je cover dengan tudung lain :)
kalau malas pakai stoking pulak, pakai kasut bertutup.
nak berhias taksalah tapi jangan over.
dan baju ketat tu pulak, boleh pakai dalam rumah pagi raya. kan sunat memakai baju baru.
kalau orang datang cepat-cepat lari tukar baju ye.
nak lebih senang bagi adik baju yang ketat tu ^_^

apa pun, nak pakai macam mana pun pakai la asalkan tak tersasar dari syariat.
dan ada yang lagi mahir untuk tambah tips yang berguna, silakan :)
tips ni juga boleh apply ketika nak ke kelas, nak merempit, ke majlis makan tengahari, ke kelab malam mahupun kelab siang juga kelab catur. 

moga dijauhkan daripada bala.
ingat seksa neraka yang sungguh dahsyat! nauzubillah..


SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
-SYAWAL 1432-
^_^'

Related Post



5 comments:

  1. Tips nombor 5 tu #terbaik ..

    ReplyDelete
  2. adik ipar sedang belajar utk istiqamah memakai stokin.doakan moga konsisten ya :)

    ReplyDelete

thanks =)