Sunday, November 13, 2011

penghijrahan

bumi ini berputar di atas paksinya, begitulah jugak
kehidupan kita yang sering berjalan tanpa henti.
selari dengan itu, hidup kita juga tiada pernah mengundur, seringkali terjadinya perubahan atau jugak disebut penghijrahan.
penghijrahan berlaku samada dari positive kepada negative or vice versa.

seperti insan lain, hidup aku jua mengalami penghijrahan.
hijrah bilik untuk sem ni ==" #pomboleh

TV alhijrah #pomboleh

pada suatu malam, aku sampai di bilik dalam pukul 12am dan terpandang secebis surat di lantai bilik.
surat dialamatkan kepada aku dan dua lagi roomate.
rupanya surat daripada pihak mahallah menghalau kami berpindah bilik sebab bilik tu sikit sangat orang katanya.
terkelu dan terduduk aku di lantai untuk suatu ketika yang agak panjang dan tak mampu berfikir.

pagi tu aku #foreveralone ke mahallah office untuk tanya pasal pertukaran bilik tu sebab roomate ada kelas.
time tu hari rabu rasanya.dan kami diminta utk mengosongkan bilik pada jumaat tu.ewah..?
alasan suruh pindah sebab bilik tu ada byk katil kosong, nanti akan terjadinya squatting.
alasan sedap punya >.<
aku tak boleh decide nak pilih bilik mana lagi masa tu sebab jiwa raga tak berapa stable time tu

camni kot muka aku time tu, tapi maintan cun :p


lepas tu pulak aku pergi mahallah office dgn 2 org lagi roomate.
kami dah berbincang untuk pertahankan hak kami untuk terus tinggal di bilik tersebut.
macam-macam alasan kami beri la, tapi tak dapat juga menggoda hati staff mahallah office tu.
(kena asah skills menggoda lagi ni nampaknya.keh3 )

alasan yang paling kukuh yang kami bagi adalah sebab dah nak exam. so memang takde masa la nak packing barang, nak angkut barang, nak unpack barang.
kami gadis kott, barang sah-sah la banyak.
dengan alasan tu, kami dipaksa juga pindah, katanya boleh pindah lepas exam.

siap dapat ugutan lagi, kalau kami tak pindah nanti nama kami akan diletakkan dibawah sekali untuk pindah ke single room.
ceyy, sedangkan bilik F1.7 tu mmg ada single room pun.
bagi aku alasan suruh pindah untuk mengelakkan squatting tu sikit pun tak masuk akal.
ok, ada la jugak masuk akal sebenarnya, tapi nak je aku cakap "ingat tak boleh bawak orang squatting ke kalau takde katil kosong pon?"
tapi tak cakap pun la macam tu. dan bila ditanya takkan sebab nak elak squatting nak suruh kami blah?
katanya banyak lagi sebab laa (tapi tak sebut pun sebabnya ) --"

kami tanya, kenapa tak bagitahu awal-awal kalau isi bilik sikit, bilik terpaksa dikosongkan,
kalau bagitahu awal-awal takde la menyusahkan student sangat, ye dak?
at least boleh la bersedia jiwa raga zahir dan batin untuk pindah.
katanya, mana nak tahu bilik yang kami duduk tu akan jadi sikit orang.heh?

aku siap cakap lagi kat staff tu
"saya nak masuk palapes, tapi sebab leceh kena pindah-pindah ni laa saya tak jadi masuk palapes, tengok-tengok tak masuk pun kena pindah jugak. kalau saya tahu kena pindah baik saya pindah awal-awal."
dan staff cakap "pindah laaa..kami tak kisah pun kalau korang nak pindah" ewahh manis bicaranya :)
sebagai pelajar yang baik, kami akur dengan arahan tersebut.
lagipun kami faham, mereka sekadar ikut arahan daripada pihak atasan ;)
so memang bukan salah mereka pun suruh kami pindah.
tak ada jodoh dengan palapes :)


tapi jauh disudut hati ini sangat tak nak pindah.
sebenarnya bilik aku tu sepatutnya 6 orang.tp ada yang masuk palapes so mereka dah pindah.
jadi la bilik tu tinggal 3 orang je.
serius sangat berat hati untuk pindah.

yelaa, kami duk bersama dah sebulan lebih. so barang-barang ada yang beli share.
tapi bila pindah, kami akan dipisahkan bilik.camne nak share barang tu?
paling berat sebab kena pindah bilik kosong yang kat tingkat 4.
nak kena angkut barang tu yang naya tu.
masa mula-mula datang aku memang bawak barang sikit sangat, tapi dah dekat 2 bulan setiap kali balik makin banyak la barang yang dibawa tu sakit kalau nak pindah-pindah ni. kalau pihak mahallah tolong angkat kan takpe jugak --"
ni 'physical dependent' effect if pindah (subjek psychology)

untuk 'psychological dependent' effect,
kami ni masih freshie, baru dah rasa selesa dengan tempat baru, tetibe diperlakukan sebegitu.
bukan la nak kata freshie seharusnya manja, tapi itu apa yang dirasai lah.
alaa kalau bukan freshie pun pasti rasa apa yang kami rasa kan..
pastu pula, rumate baru ni 3rd year rasanya, dan mungkin la meraka duk dengan geng mereka.
bila ada orang baru masuk, tentu akan sedikit janggal. freshie pula tu kan.
dah rapat dengan roomate lama, tetiba kena pisahkan.tak ke meruntum zahir batin.
atau dengan kata nama lain, kalau dah tak nak tu, memang semua negatif la yang dirasai. ye dak? :)

macam kena halau keluar AF (percayalah pada diri dengan harapan dan keyakinannnnn)


saat genting masa nak angkut barang tu.sensorang pulak.
masa tu tak dapat bayangkan bertapa perasaan aku.
pindah dari blok F ke blok D tingkat 4 pula tu..
tapi pasrah redha jela ;)
semua tu dah berlalu dah pun.

berhijrah dari blok F ke blok D :)

dan sekarang lepas habis cuti pertengahan semester, secara rasminya aku dah bertukar bilik.
ni malam pertama aku disini.
sampai je bilik, duk kemas barang, baru aku perasan yang tangga katil aku tak ada.
untuk pengetahuan semua yang tak tahu, bilik ni jenis bawah meja study, dan atas adalah tilam untuk tidur.
mmg menjimatkan ruang tapi sangat tinggi untuk dipanjat.
tak ada tangga how to panjat?
dan lagi satu, kerusi pun tak ada.
lampu pula tak menyala.
paham jela kan apa aku rasa masa tuu :)

tapi lepas dah siap kemas semua barang ni, jiwa raga aku sudah kembali ke paras normal,
alhamdulillah :)
mungkin ini yang terbaik untuk aku.
banyak hikmahnya, pasti! ;)
jadi bagi aku ini bukanlah satu penghijrahan 'negative',
tapi penghijrahan positif, inshaAllah..

sebagai konklusi, kalau dalam perenggan rumusan kena la ada harapan kan. (esok SPM 2011 paper BM)
so harapan aku, mohon share roomate baru dapat terima aku dengan seadanya.
untuk bekas roomate lama, gonna miss you. sayang fillah.
pindah bilik tak bererti putusnya ukhuwwah kita.
and harap pihak pengurusan mahallah lebih bersifat sistematik ;)
Nur Areefah Safiyyah forever ^_^'

Related Post



3 comments:

  1. suka baca belog awak..bnyak info...

    tp xda pun butang follow..huhu~~

    ReplyDelete
  2. @CikTomyam

    ada kat atas kanan sebelah search box. thanks for the lawatan XD

    ReplyDelete
  3. ngeeeee aku paham pe kau rase uh tapi~~ mesti kau da lega kan skrg tahniah3 may ALLAH always with u <3

    ReplyDelete

thanks =)